Jumaat, 21 Oktober 2016





Memancing Di Kolam


Salam semua, pada kali ini aku ingin berkongsikan pengalaman dan kelebihan memancing di kolam pancing. Aku mula berjinak2 memancing di kolam pada 2010. Itu la pengalaman pertama aku memancing di kolam. Mula2 aku mmg kurang yakin dengan memancing di kolam ini sbb aku tak yakin yg dalam kolam tersebut mempnyai ikan utk di daratkan. Selepas sahabat aku brjaya meracuni aku utk memancing di kolam, saat itu lah aku mula START memancing di kolam. Yang seronoknye mancing di kolam ini ialah di sane tokey kolam menyediakan pondok2 kecil utk para pemancing berteduh. Dan ade jga tokey kolam yg menyediakan kipas di setiap pondok, kantin dan tv untuk keselesaan para pemancing. Terdapat banyk kolam memancing di seluruh negeri2 di malaysia.. Di lembah kelang ini pun mmg bnyk kolam memancing, tapi yg paling popular di kalangapara pemancing di selangor ialah KOLAM PANCING SEKSYEN 24 S.ALAM. Mmg terbaik tempat ni.



Tapi aku jarang memancing di sana, sebabkan rumah aku jauh hehehehe.. Aku tinggal di selayang, nk henjut gi sane pun ambil masa lebih kurang 45 mnit ke 1 jam... dgn tol nye lagi.. 



Tapi aku bnyak menghabiskan mase memancing di KOLAM MEMANCING TOW FOO. Kolam ini terletak di kundang, bersebelahan dgn padang golf kundang. Klau ada lalu highway Latar pasti jumpa. Kolam ini betul2 bersebelahan dgn tol menghala ke kundang dari Latar highway. Kolam ini hanya untuk SPORT FISHING (CATCH & RELEASE) je ya.. ikan tak boleh ambil bwk balik. 






Pond ini mmg kegemaran aku, lagi pun tk brape jauh dari rumah aku. lebih kurang 15-20 minit dah sampai. Bayaran masuk kolam dulu rm18, Tapi sekarang rm25 utk 12jam sekali jackpot bulanan. biasenye kalau dah lebih mase pun taukey tidak akan menganggu anda. Tu yg best tu.. sesetengah kolam habis mase trus diorg datang. Tapi faham2 la ye, kalau dah habis mase kiraan jackpot tidak di kira la ye.. Pond ini juga sesuai utk kita beriadah bersama keluarga. Kerana kolam ini menediakan tempat mandi, surau, kantin dan tempat untuk menonton TV jika boring hehehehe..

Kawasan kolam ini mmg besar. Kolam ini terletak di dalam kebun2. Tak la terlalu panas kita memancing. Ikan yg terdapat di dalam kolam ini seperti di bawah



  • Toman (Giant Snakehead)
  • Haruan (Common Snakehead)
  • Tapah (Wallago)
  • Patin (Iridescent Shark)
  • Giant Mekong Catfish
  • Lampam Jawa (Indonesian Carp)
  • Tilapia
  • Pacu
  • Tongsan sisik kasar (Grass Carp)
  • Tongsan sisik halus
  • Soon Hock (Marbled Goby)
  • Belida (Spotted Featherback)
  • Peacock bass


Teknik biase yg org selalu di sini ialah bottom dan apungan. umpan yg terbaik di sini ialah roti dan pallet 920 yg kecik2 tu. Boleh guna roti ape pun di sini. Biase umpan roti yg berjaya di gunakan di sini mengunakan teknik apungan arus.. Teknik apungan arus ini bermaksud ikat roti di mata kail dan baling ke arus pam, pastu tali di lepaskan pelahan2 dan biakan ianya hanyut mengikut arus pam. TAPI!!!!! pastikan tali anda melebihi 150meter.. Teknik apungan arus ni yg boleh jamin 90% ikan makan dengan sekali balingan. Tapi bukan begitu mudah ye kawan2.. Teknik ini kene praktikkan betul2.. sebab klu kita hanyutkan roti tersebut belum pasti umpan kita akan pergi mengikut arus. Klu tidak di jaga dgn betul lepasan tali tadi akan membawa umpan kita ketepi kolam. Pancing haruslah di pegang kerana kita perlu melepakan tali pelahan lahan.. Jika umpan mengena sentapan akan betul2 di tangan kita.. BEST BROO.


Teknik kedua ialam bottom mengunakan pallet. bancuhan pallet bergantung pada ramuan masing2.. nk ajar sy pun tak begitu pandai. ok takpe lah, sy kongsikan umpan ramuan pallet yg biase sy gunakan di kolam ini.


  1. Pallet 920 (kecik) Atau 6363 sekilo
  2. santan 1/2kilo
  3. kelapa parut setengah biji
  4. power strawbery 1 paket
  5. air
  6. keropok udang (cangkuk di mata kail)
  7. Pes strawbery atau pandan
  • rendam pallet tadi selama 3 saat (masuk air dan buang air itu semula)
  • masukkan santan dan kelapa parut (klau boleh gunting la dulu kelapa parut tu)
  • masuk kan power pandan (tutup mulut)
  • goncang supaya rata
  • perap semalaman 
  • yakin dan tawakal.. hehehehehe
Kolam ini la memberi aku pengalaman pertama menarik MEKONG CATFISH...
Padu beb serius aku cakap susah nk bertarung dengan mekong. Bukan setakat ikan mekong tu kuat je, malah keluasan dan kedalaman kolam tu menjadi cabaran yg utama. Dan ikan itu menjadi record ikan terberat selama aku memancing iaitu 21.24kg mengunakan braided 20lb(. Dalam kolam ini ikan paling besar ialah ikan tapah lebih 40kg, ikan patin 33kg dan mekong 30kg, tapi cuma tapah 40kg je yg pernah naik kedarat.. patin dan mekong yg bersaiz mega lebih 30kg masih belum pernah di daratkan.

Plabuk(Mekong) 21.24kg






















Plabuk (Mekong)  17.14kg

Patin Seberat 14.5kg


Pada sesiapa yg berhajat ingin memancing dan menarik ikan yg bersaiz besar aku syorkan bawak la mesin yg bersaiz 3000 ke atas dan tali wajib melebihi 150 meter ke atas. Bkan ape, mmg kita tak jangka ikan besar atau pun ikan kecil yg menyapa umpan kita, tak salah kita beringat.. Pernah juga pengalaman sy memancing di sini ikan tarik sehingga habis tali dari spool. Bkan sy tak ketatkan drag tau, sebab kalau ikan mekong yg menhenjut umpan kita itu tarikannya tidak akan berhenti.. Kalau terlalu ketat drag pasti akan putus.. Bila putus mulalah tak tido mlm di buatnya hahahahahaha. Start dari peristiwa itu la sy mula mengunakan mesin 5000 dan tali 250 meter (20lb).. Tak kisah la ikan kecik ke yg membaham umpan sy tu. sekurang2nya sy tak nak peristiwa tersebut berulang kembali cehhh waah.



Di sini kalau umpan kita tak begitu menjadi tak perlu lah risau sebab pasti akan ade juga ikan yg sambar umpan tersebut, contohya ikan pacu,lampam dan talapia... Ikan pacu pun bkan calang2 ikan, ikan ini mampu memutuskan perambut bersaiz lebih 100lb. Dalam kolam ni pacu terbesar 1alah 12kg.




Ikan pacu ini seberat 5.8kg membaham umpan pallet bercampur air sahaja.








































Sekian sahaja blog sy pada kali ini. Jika ada lagi tip atau teknik lain sy akan kongsikan. yang baik semua dtgnya dri allah, yg kurang datangya dri sy sendri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan