Selasa, 10 Julai 2018

Update Terbaru Kolam Towfoo 
Kundang

Salam semua.. Lama sy tak menaip ni.. rase menggigil sedikit. untuk cerita pada kali ini aku nk update sikit pasal kolam tow foo sport fishing ni. kulam ni makin lame makin suram. bayaran basuk pun sudah bertambah. Yang terbaru byaran masuk untuk jackpot 12jam rm25. byaran 6jam rm20 tanpa jackport. bayaran untuk 1 jam pun sudah ada iaitu rm7 utk 1 jam tanpa jackport. 

Aku pun tak tau kenapa sejak akhir ini kolam tu suram. munkin kurang kerana kurangnya publisiti kot. maklum la tokey buta IT hahahahaha. dan mungkin jgk faktor dah bnyk kolam area situ. Tapi aku dan kawan2 rajin juga turun situ kerana kolam dia mcm semula jdi la. Lagi pun mgkin sbb aku dah biase kt sane. 

Bnyak kali jga la aku nasihat kt tokey supaya cuba publiskan kolam ni pada umum kerana kolam ini bkn baru lagi, kolam ni ramai yg sudah tahu cuma tak ada platfom yg update perkembangan kolam ini. Sebagai pemancing of coz diorg nak strike je kan. kebanyakan akan server mana2 kolam dahulu sebelum mereka turun. Seperti aku jga.. aku akan server kolam mane yg mudah utk strike. Lagi 1 faktor yg aku rase boleh mnyebabkan kolam ini suram ialah terdapat bnyak ikan2 kecil mengacau umpan. terdapat bnyak ikan lampam sebesar tapak tangan mengacau umpan stiap kali balingan. ini boleh menyebabkan ikan besar tidak memakan umpan tersebut. Pemancing akan kecewa dan tidak akan datang lagi untuk memncing di sana. Sejak2 ini baru tokey open supaya tangkapan seperti lampam boleh di bawa pulang. dah terlambat dah tokey, nasi sudah menjadi bubur huhuhu...

sabtu ini 14/07/18 sy dan rakan2 group GP REUNION akan bertandang kesana untuk menjejak ikan tapah. Dengan berbekalkan unpan ikan sadin. Trip ni sekadar suka2 saja.. kalau anda ada masa terluang boleh la join sekali sambil mengeratkan silaturahim antara kita. Nnti kalau ada rezki aku akan selitkan gambar misi. 

Isnin, 7 November 2016


KOLAM TOW FOO KUNDANG



Salam dan selamat sejahtera kepada Angler2 yg sudi membaca blog sy ini.. Hari ini sy nk berkongsi sikit pengalaman memancing di kolam Tow foo ini. Kolam ini terletak di Kundang selangor. Mengikut dari ape yg sy dengar dari otai kolam di sini, Kolam ini sudah wujud lebih 20 tahun. Asalnya, kolam ini di jadikan kolam ternakan ikan air tawar bagi tujuan perniagaan. Entah mcm mane la pulak boleh jdi kolam memancing ikan. Soal tu aku msih belum temui jawapanya. Lokasi kolam ini amatlah strategik kerana bersebelahan dgn highway LATAR. Kat bawah ni sy ade sediakan map:




Kolam Tow foo ini mmg pempunyai 2 kolam, tapi kolam 2 itu dasarnya trdapat bnyak dahan pokok yang tenggelam. jdi tidak sesuailah untuk memancing dasar. Biasanya org yg gemar memancing ikan haruan shja yg mencuba nasib di kolam 2 itu. 

Bayaran masuk pula rm25 utk 12 jam termasuk jackpot. Selain 12 jam, kita juga boleh memilih utk memancing mengikut jam yg kita mahu. Jackpot hanya lah bulanan. Kolam ini jga menyediakan kantin utk para pemancing membeli juadah. Selain itu tempat solat jga disediakan utk yg beragama islam. 

Umpan pula adalah bebas, Mata kail jga bebas.. tapi mata 3 dan jaring tidak di benarkan. Kolam ini buka 24 jam. Umpan yg biasa pemancing gunakan untuk memancing di sini adalah roti dan pallet.. 

Di bawah sy ade sertakan gambar2 kenangan sy dan sahabat2 perjuangan ketika memancing di kolam Tow foo

Tahun 2014


Tahun 2015

 10/06/2016







Otai zam bersama Otai wahab




Otai Ayop







Tapah 14kg






21/09/2016

Otai zam

Gambar kenagan bersama crew RIVER MONSTER GP TEAM









Peacock Bass


Taukey juga tidak ketinggalan

Tapah

Mekong 18kg

Jumaat, 21 Oktober 2016





Memancing Di Kolam


Salam semua, pada kali ini aku ingin berkongsikan pengalaman dan kelebihan memancing di kolam pancing. Aku mula berjinak2 memancing di kolam pada 2010. Itu la pengalaman pertama aku memancing di kolam. Mula2 aku mmg kurang yakin dengan memancing di kolam ini sbb aku tak yakin yg dalam kolam tersebut mempnyai ikan utk di daratkan. Selepas sahabat aku brjaya meracuni aku utk memancing di kolam, saat itu lah aku mula START memancing di kolam. Yang seronoknye mancing di kolam ini ialah di sane tokey kolam menyediakan pondok2 kecil utk para pemancing berteduh. Dan ade jga tokey kolam yg menyediakan kipas di setiap pondok, kantin dan tv untuk keselesaan para pemancing. Terdapat banyk kolam memancing di seluruh negeri2 di malaysia.. Di lembah kelang ini pun mmg bnyk kolam memancing, tapi yg paling popular di kalangapara pemancing di selangor ialah KOLAM PANCING SEKSYEN 24 S.ALAM. Mmg terbaik tempat ni.



Tapi aku jarang memancing di sana, sebabkan rumah aku jauh hehehehe.. Aku tinggal di selayang, nk henjut gi sane pun ambil masa lebih kurang 45 mnit ke 1 jam... dgn tol nye lagi.. 



Tapi aku bnyak menghabiskan mase memancing di KOLAM MEMANCING TOW FOO. Kolam ini terletak di kundang, bersebelahan dgn padang golf kundang. Klau ada lalu highway Latar pasti jumpa. Kolam ini betul2 bersebelahan dgn tol menghala ke kundang dari Latar highway. Kolam ini hanya untuk SPORT FISHING (CATCH & RELEASE) je ya.. ikan tak boleh ambil bwk balik. 






Pond ini mmg kegemaran aku, lagi pun tk brape jauh dari rumah aku. lebih kurang 15-20 minit dah sampai. Bayaran masuk kolam dulu rm18, Tapi sekarang rm25 utk 12jam sekali jackpot bulanan. biasenye kalau dah lebih mase pun taukey tidak akan menganggu anda. Tu yg best tu.. sesetengah kolam habis mase trus diorg datang. Tapi faham2 la ye, kalau dah habis mase kiraan jackpot tidak di kira la ye.. Pond ini juga sesuai utk kita beriadah bersama keluarga. Kerana kolam ini menediakan tempat mandi, surau, kantin dan tempat untuk menonton TV jika boring hehehehe..

Kawasan kolam ini mmg besar. Kolam ini terletak di dalam kebun2. Tak la terlalu panas kita memancing. Ikan yg terdapat di dalam kolam ini seperti di bawah



  • Toman (Giant Snakehead)
  • Haruan (Common Snakehead)
  • Tapah (Wallago)
  • Patin (Iridescent Shark)
  • Giant Mekong Catfish
  • Lampam Jawa (Indonesian Carp)
  • Tilapia
  • Pacu
  • Tongsan sisik kasar (Grass Carp)
  • Tongsan sisik halus
  • Soon Hock (Marbled Goby)
  • Belida (Spotted Featherback)
  • Peacock bass


Teknik biase yg org selalu di sini ialah bottom dan apungan. umpan yg terbaik di sini ialah roti dan pallet 920 yg kecik2 tu. Boleh guna roti ape pun di sini. Biase umpan roti yg berjaya di gunakan di sini mengunakan teknik apungan arus.. Teknik apungan arus ini bermaksud ikat roti di mata kail dan baling ke arus pam, pastu tali di lepaskan pelahan2 dan biakan ianya hanyut mengikut arus pam. TAPI!!!!! pastikan tali anda melebihi 150meter.. Teknik apungan arus ni yg boleh jamin 90% ikan makan dengan sekali balingan. Tapi bukan begitu mudah ye kawan2.. Teknik ini kene praktikkan betul2.. sebab klu kita hanyutkan roti tersebut belum pasti umpan kita akan pergi mengikut arus. Klu tidak di jaga dgn betul lepasan tali tadi akan membawa umpan kita ketepi kolam. Pancing haruslah di pegang kerana kita perlu melepakan tali pelahan lahan.. Jika umpan mengena sentapan akan betul2 di tangan kita.. BEST BROO.


Teknik kedua ialam bottom mengunakan pallet. bancuhan pallet bergantung pada ramuan masing2.. nk ajar sy pun tak begitu pandai. ok takpe lah, sy kongsikan umpan ramuan pallet yg biase sy gunakan di kolam ini.


  1. Pallet 920 (kecik) Atau 6363 sekilo
  2. santan 1/2kilo
  3. kelapa parut setengah biji
  4. power strawbery 1 paket
  5. air
  6. keropok udang (cangkuk di mata kail)
  7. Pes strawbery atau pandan
  • rendam pallet tadi selama 3 saat (masuk air dan buang air itu semula)
  • masukkan santan dan kelapa parut (klau boleh gunting la dulu kelapa parut tu)
  • masuk kan power pandan (tutup mulut)
  • goncang supaya rata
  • perap semalaman 
  • yakin dan tawakal.. hehehehehe
Kolam ini la memberi aku pengalaman pertama menarik MEKONG CATFISH...
Padu beb serius aku cakap susah nk bertarung dengan mekong. Bukan setakat ikan mekong tu kuat je, malah keluasan dan kedalaman kolam tu menjadi cabaran yg utama. Dan ikan itu menjadi record ikan terberat selama aku memancing iaitu 21.24kg mengunakan braided 20lb(. Dalam kolam ini ikan paling besar ialah ikan tapah lebih 40kg, ikan patin 33kg dan mekong 30kg, tapi cuma tapah 40kg je yg pernah naik kedarat.. patin dan mekong yg bersaiz mega lebih 30kg masih belum pernah di daratkan.

Plabuk(Mekong) 21.24kg






















Plabuk (Mekong)  17.14kg

Patin Seberat 14.5kg


Pada sesiapa yg berhajat ingin memancing dan menarik ikan yg bersaiz besar aku syorkan bawak la mesin yg bersaiz 3000 ke atas dan tali wajib melebihi 150 meter ke atas. Bkan ape, mmg kita tak jangka ikan besar atau pun ikan kecil yg menyapa umpan kita, tak salah kita beringat.. Pernah juga pengalaman sy memancing di sini ikan tarik sehingga habis tali dari spool. Bkan sy tak ketatkan drag tau, sebab kalau ikan mekong yg menhenjut umpan kita itu tarikannya tidak akan berhenti.. Kalau terlalu ketat drag pasti akan putus.. Bila putus mulalah tak tido mlm di buatnya hahahahahaha. Start dari peristiwa itu la sy mula mengunakan mesin 5000 dan tali 250 meter (20lb).. Tak kisah la ikan kecik ke yg membaham umpan sy tu. sekurang2nya sy tak nak peristiwa tersebut berulang kembali cehhh waah.



Di sini kalau umpan kita tak begitu menjadi tak perlu lah risau sebab pasti akan ade juga ikan yg sambar umpan tersebut, contohya ikan pacu,lampam dan talapia... Ikan pacu pun bkan calang2 ikan, ikan ini mampu memutuskan perambut bersaiz lebih 100lb. Dalam kolam ni pacu terbesar 1alah 12kg.




Ikan pacu ini seberat 5.8kg membaham umpan pallet bercampur air sahaja.








































Sekian sahaja blog sy pada kali ini. Jika ada lagi tip atau teknik lain sy akan kongsikan. yang baik semua dtgnya dri allah, yg kurang datangya dri sy sendri..

Khamis, 22 September 2016








Umpan dan teknik kolam air tawar utk Patin,plabuk(Mekong) Dan Pacu






Assalamualaikum para sahabat sekalian..oleh kerana hari ni aku agak free jd aku update plak beberapa jenis umpan dan beberapa teknik yg selalu org guna di kebanyakan kolam kolam pancing air tawar utk menawan ikan patin dan penghuni lain yg berada di dalam kolam.dua jenis umpan dan tenik kami gunakan sama ada roti yg di potong dadu atau pallet ikan.dan seperti biasa ikan yg aku buru adalah jenis patin dan plabuk (Mekong).manakala utk teknik pula lebih kepada bottom dan apung..selain tu kena lah belajar utk gred ikan yg korang nak cari.yg tu nanti aku cerita kan bagaimana nak gred ikan ikan yg korang nak cari serta tekniknya..




Untuk roti potong dadu selalunya kami gunakan perasa pandan atau stawberry dan teknik memancing lebih kepada teknik apung layang di mana roti potong dadu di cangkuk pd mata kail hingga ke perambut sepanjang 3 inci atau lebih dua mata kail perambut v boleh guna guna teknik batu gantung dan juga dasar dgn teknik yg berlainan.bila dah di cangkuk ke mata kail satu kan kedua mata kail td kemudian ambik lg roti utk buat bom sebesar penumbuk atau lebih.setting utk perambut selalunya dlm setengah depa ke satu depa yg ni terpulang pd korang sebab setting yg aku gunakan utk teknik apungan adalah setengah depa..jenis roti pulak aku sarankan cari roti yg mudah kembang seperti roti potato atau roti sandwich jenama sedap atau apa shj jenis roti yg terjual di kedai acheh.. Potong kepingan roti seperti dadu. dan campurkan perisa pandan dan goncang sehingga sebati.



Potongan Dadu

Campurkan dgn perisa pandan atau strawberry














Kepalkan roti tersebut



Untuk umpan pallet pulak kami hanya gunakan pallet dgn perisa strawberi..Pallet yg biasa aku gunakan ialah 920 dan 6363.. bg aku ini adalah umpan kegemaran aku utk semua kolam pancing yg aku terjah..tu bg aku..ini kerana bg sesetengah pemancing kata mereka lain padang lain belalang maknanya lain kolam lain umpannya..dan aku yakin dgn setiap umpan yg aku buat.


- berikut adalah contoh umpan jenis palet yg aku dan jenal gunakan..

Selain dari umpan..mcm aku beritahu lah teknik adalah sgt penting jd cuba cari teknik yg sesuai utk korang..di campur pula dgn konsistensi umpan yg korang buat di mana dpt menawan ikan dgn masa yg singkat..utk teknik dan setting umpan pallet ni plak aku lebih menggunakan perambut jenis v berukuran panjang dlm satu jengkal dgn dua mata kail serta teknik pancingan dasar..cara utk gunakan umpan pallet ni pulak..korang boleh cari keropok sotong ke..udang ke..potong kecil kecil cangkukkan pada kail kepalkan dlm jumlah kecil utk setiap mata kail kemudian di satukan..lalu kepalkan lg pallet utk tutup kepal yg kecil tp buat bom ikut selera korang.









-contoh perambut yg aku gunakan.jenis v setengah jengkal dgn tali kevlar serta mata kail berkley atau jenama lain bersaiz 9,10, dan 11

Utk pancingan lombong dan sungai umpan nya agak mudah x susah seperti kolam dan umpan yg sesuai adalah umpan yg tidak mudah pecah..ini kerana lombong dan sungai mempunyai arus jd penggunaan roti gardenia yg di kepal serta dedak yg di kepal juga agak sesuai kerana umpan akan pecah sedikit demi sedikit mengikut arus..dan aroma yg keluar mampu menawan ikan yg korang buru..selain sawit peram..ada juga guna roti canai.macam macam selera ikan sungai ni..

Umpan universal utk kebanyakan jenis ikan dan mudah..mudah mudahan dpt membantu korang.jgn salahkan aku pulak jika x dpt ikan coz kita ni usaha je..



  1. Pallet 920 (kecik) Atau 6363 sekilo
  2. santan 1/2kilo
  3. kelapa parut sebiji
  4. power pandan 1 paket
  5. air
  6. keropok udang (cangkuk di mata kail)
  7. Pes strawbery atau pandan
  • rendam pallet tadi selama 3 saat (masuk air dan buang air itu semula)
  • masukkan santan dan kelapa parut (klau boleh gunting la dulu kelapa parut tu)
  • masuk kan power pandan (tutup mulut)
  • goncang supaya rata
  • perap semalaman 
  • yakin dan tawakal.. hehehehehe





Patin 5.8k
    Hasilnya:

Patin 6.4kg













































Caranya mudah..campurkan semua sekali dan gaulkan dgn air kolam agak agak sedap n umpan lekat untuk di kepalkan pd mata bomb..selamat mencuba..





>> KAMI TAK KAYA, TAPI HOBI KAMI MAHAL<<