KOLAM TOW FOO KUNDANG
Salam dan selamat sejahtera kepada Angler2 yg sudi membaca blog sy ini.. Hari ini sy nk berkongsi sikit pengalaman memancing di kolam Tow foo ini. Kolam ini terletak di Kundang selangor. Mengikut dari ape yg sy dengar dari otai kolam di sini, Kolam ini sudah wujud lebih 20 tahun. Asalnya, kolam ini di jadikan kolam ternakan ikan air tawar bagi tujuan perniagaan. Entah mcm mane la pulak boleh jdi kolam memancing ikan. Soal tu aku msih belum temui jawapanya. Lokasi kolam ini amatlah strategik kerana bersebelahan dgn highway LATAR. Kat bawah ni sy ade sediakan map:
Kolam Tow foo ini mmg pempunyai 2 kolam, tapi kolam 2 itu dasarnya trdapat bnyak dahan pokok yang tenggelam. jdi tidak sesuailah untuk memancing dasar. Biasanya org yg gemar memancing ikan haruan shja yg mencuba nasib di kolam 2 itu.
Bayaran masuk pula rm25 utk 12 jam termasuk jackpot. Selain 12 jam, kita juga boleh memilih utk memancing mengikut jam yg kita mahu. Jackpot hanya lah bulanan. Kolam ini jga menyediakan kantin utk para pemancing membeli juadah. Selain itu tempat solat jga disediakan utk yg beragama islam.
Umpan pula adalah bebas, Mata kail jga bebas.. tapi mata 3 dan jaring tidak di benarkan. Kolam ini buka 24 jam. Umpan yg biasa pemancing gunakan untuk memancing di sini adalah roti dan pallet..
Di bawah sy ade sertakan gambar2 kenangan sy dan sahabat2 perjuangan ketika memancing di kolam Tow foo
 |
Tahun 2014 |
 |
Tahun 2015 |
 |
10/06/2016 |
 |
Otai zam bersama Otai wahab |
 |
Otai Ayop |
 |
Tapah 14kg |
 |
21/09/2016 |
 |
Otai zam |
 |
Gambar kenagan bersama crew RIVER MONSTER GP TEAM |
 |
Peacock Bass |
 |
Taukey juga tidak ketinggalan |
 |
Tapah |
 |
Mekong 18kg |