Jumaat, 1 Julai 2016





Teknik Dan Umpan Memancing Di sungai




Asalamualaikum, aku akan sambung cerita mengenai MEMANCING SEBAGAI HOBI.
Kali ini aku akan cerita serba sedikit tentang teknik dan umpan memancing di sungai. Sungai ada tergolong ke pada dua, 1) sungai yg berbatu dan airnya jernih 2) sungai yg airnya keruh seperti teh tarik hehehehe


Sungai Jernih



Ikan yg menghuni di sungai2 yg jernih ini seperti ikan kelah,tengas,kejor,sebarau,keli sungai,tebal sisik dan bermacam lagi. Umpan yg biasa di gunakan ialah cacing,cengkerik,roti,buah sawit, dan mcm2 lagi mengikut tempat. tekniknye pulak seperti di bawah









Saiz batu bergantung pada kederasan air sungai tersebut.. Jika deras gunakan saiz batu yg besar sedikit dan bila kurang deras gunakan batu yg lebih kecil.








Sungai Keruh

Ikan yg menghuni di sungai keruh ni banyak contohnye patin,lampam,jelawat,talapia,baung,keli,kenerak,terbul,udang galah dan bermacam macam lagi termasuklah BUAYA!!! hehehe. Biasaya ikan sungai airnya keruh ini gemar memakan buah buahan yg jatuh dari pokok yg tumbuh di tebing2 sungai tersebut. Contohnya pokok sawit dan pokok ara. Kalau kita memancing di tebing yg mempunyai pokok sawit dan ara gunakan la buah tersebut kerana buah2 itu umpan yg berpotensi di jadikan umpan.Kalau di sungai amat la tidak di galakan mengunakan teknik apungan, kerana aliran sungai deras. Selain buah sawit dan ara, roti juga boleh di jadikan umapan. begitu juga dgn cacing,cengkerik,dedak dan perut ayam. Teknik lebih kurang sama macam memancing di sungai jernih di atas. Tak di galakkan la guna lebih dari sati matakail kerana takut tersangkut di dasar sungai. Di dasar sungai bermacam2 halangan yg boleh menjadikan kail kita tersangkut.

Teknik begini dapat mengurangkan kail kita sangkut di ranting kayu yg berada di dasar sungai
Teknik perambut sebegini sangat popular di kalangan pemancing



Buah ara
Umpan sawit di potong dan di cangkuk seperti satey




Roti di potong dadu dan di campur perisa pandan


Kalau berniat memancing baung umpan tapa dan hati ayam memang terbaik. Tapi berbau sedikit la. Umpan tapa ini di perbuat dari ikan baung dan di campur kekabu.


 Sekian sahaja untuk topik ini.. Selamat mencuba wahai shabat ku. Sy akan sambung dgn teknik memancing di kolam pula selepas ini.. Harap shabat semua bersabar..


>> KAMI TAK KAYA, TAPI HOBI KAMI MAHAL<<