Isnin, 27 Jun 2016


PENGENALAN




Salam Ramadhan kepada yg beragama islam,dan selamat sejahtera kepada yg bkn beragama islam..
Sebelum aku bercerita panjang,aku ingin memperkenalkan name aku dulu.. Name seperti di dalam IC ialah Mohd idhris bin ismail.. tapi name glemer Remy... eeeeRRRmmmm mcm tak kena kan dgn name sebenar tu.. Abaikan je la dgn name tu ye.. Tahun ini aku berumur 29 tahun.. Aku cerita serba sedikit ya identiti aku..Aku lahir di Kuala lumpur tapi menetap di Shah Alam dari kecik sehingga la aku berumur 9 tahun.. Selepas 9 tahun aku tinggal di Shah Alam kami sekeluarga berpindah ke Selayang Baru.. Lame jgk la aku tinggal di Selayang baru, Lame tak lame pun ade dekat 17 tahun jugak la. Aku sudah berumah tangge (tak tanya pun)






Hobi aku dari kecik hingga la sekarang tetap same iaitu ''MEMANCING''.. Entah la kenape aku memilih memancing sebagai HOBI..















Tak salah kan memancing.. Tapi kene beringat jgk la... Kene la ade waktu dgn keluarga jgk.. Jgn la bila cuti je pergi "MEMACAK".. Memacak tu memancing la maksudnye... Salah satu bahasa pemancing la tu. hahahahaha.. Kalau nk cerita bnyak jgk tempat atau pun lubuk yg aku terjah.. sampaikan bekas tempat kumbahan air pun aku terjah hahaha.. Kalau nak memancing ni kene la ade peralatannye betul tak.. ok di bawah ini adalah weapon untuk menangkap ikan.. Cume basic je yee...

REEL





  ROD (batang pancing)








Kedua2 benda ini mesti kena ade kalau hendak memancing.. REEL ini terdapat jenis2 dan jenama2 yg berbeza mengikut kesesuaian dan bajet anda.. begitu juga dengan ROD. ROD juga terdapat banyak jenis2 dan jenama. Dibawah ada serba sedikit tentang ROD








Ok pengenalan basic utk memancing aku dah terangkan. Sekarang ini berbalik pada cerita Hobi aku ye. Memang dari kecik aku mmg minat pada ikan. Dari aku tinggal di Shah Alam pun aku sudah membela ikan di dalam balang. Dan bila sudah ade duit sikit baru lah aku beli sebiji akuarium. Dan sampai sekarang ini pun rumah aku sentiasa ade ikan yg cuba aku pelihara.

Sesetenggah org beranggapan memancing itu sesuatu yg membosankan. Dan ade juga beranggapan memancing itu hanya la utk org yg malas.... Ermmm bagi aku la kan, memancing itu bagus utk kita menguji tahap kesabaran kita sbagai manusia. (CLICHE).. Aku tak salahkan org utk kata bergitu kerana mereka tidak pernah mencuba HOBI ini sebenarnya.. Bak kata pepatah, Belum try belum tahu ceehhwahh..

Aku start memancing dulu di lombong2 dan tasik2.. Lepas tu belajar memancing di sungai, kemudian dipaya. Buat masa sekarang ni aku lebih suka memancing di kolam. Kalau anda nak tau cara dan teknik memancing di setiap tempat adalah berbeza.. Di lombong dan tasik tekniknya lain, di sungai pun teknik nya lain ,Paya terbiar pun lain tekniknya dan juga teknik memancing di kolam lain.. Ok lah aku terangkan serba sedikit apa yg lain nya teknik di setiap tempat..



Lombong terbiar 
 Tasik                


TEKNIK DAN UMPAN UNTUK LOMBONG DAN TASIK


Sebelum kita cerita bab teknik dan umpan kita kena lah tau serba sedikit tentang tempat yg kita hendak melaburkan pancing tu.. Contohnye ikan ape yg menghuni di dalam tu. Biasanya kalau lombong dan tasik ni penghuni dia ialah ikan talapia, lampam, haruan,toman,sepat,keli,patin dan bermacam lagi. tapi biasanya talapia la hehehehe.. Umpan yg biasa org pakai cacing, cengkerik,dedak,roti dan sebagainya.Tapi yg favourite off couse la cacing.. Ikan mane la yg tak makan cacing  betul tak. Teknik nye pulak bergantung pada tempat jgk.. Kalau dasar nya penuh dengan ranting or sampah kenalah guna pelampung. Dan kalau permukaan penuh dengan pokok2 air seperti teratai, teknik pelapung adalah di galakkan supaya mata kail kita tidak tersangkut. 
  
Contoh pelampung
Teknik Pelampung


Teknik yg ke2 ialah dasar mengunakan batu ladung (BOTTOM). Teknik ini di gunakan kalau dasar lombong or tasik tiada sebarang halang, atau pun dasarnya berpasir. Umpan akan tenggelam kalau kita menggunakan teknik ini. Kebanyakan ikan pun makan di dasar.
Ini adalah basic ye.. Kalau ade sifu2 yg terbaca jgn la kecam sy. sy cuma berkongsi.. Mane yg tak betul boleh lah di kongsi bersame hehehe.
Contoh2 batu ladung



Bentuk teknik dasar


Contoh teknik dasar


Kedua2 teknik ini ada la basic bagi yg baru nak memulakan HOBI ini. Bagi aku,aku lebih gemarkan teknik dasar ini kerana bila ikan mula menyentuh umpan kita, hujung rod akan terlentur lentur.. Bagi aku,saat itu la tumpuan kita akan bermula. Sabar itu penting dalam HOBI ini. Kesabaran kita akan di uji. Pastikan lenturan itu betul2 melentur baru la kita sentap.. Sentap pun beragak la..



 Kalau teknik pelampung pula, bila kita sudah lontarkan umpan ke dalam air pelampung ini akan timbul di atas air, dan bila umpan di sentuh oleh ikan pelampung tadi akan tengelam timbul. Dan bila pelampung terbenam habis>>>> INSYAALLAH  ada la ikan yg tersangkut di mata kail anda. Tapi jgn la pelampung tu tenggelam sikit je kita dah sentap.. Sabar.... Tunggu betul2 tenggelam baru STRIKE



Kalau anda nak memancing haruan di tasik or lonbong anda kena mengunakan teknik casting untuk menarik minat ikan. haruan dan toman gemar menyambar umpan yg bergerak. Dengan berumpankan katak pasti akan berjaya jika lombong dan tasik itu terdapat ikan haruan dan toman. 




Cara sangkut katak pada mata kail


Tapi ramai dah tidak menggunakan katak hidup untuk mengumpat haruan dan toman. mereka menggunakan katak tiruan yg di panggil (Jump frog). Mungkin ramai pemancing tidak sanggup membunuh katak utk di jadikan umpan hehehehe.. aku pun megunakan katak tiruan ni juga, bkn ape... kadang2 kedai umpan tiada menjual katak di sebabkan katak ni susah nak di jumpai. D
an katak tiruan ni juga mudah dan menjimatkan masa..


Jump Frog

Selain jump frog banyak juga umpan tiruan lain yg berjaya menambat hati si haruan dan si toman.. Contahnya
Popper
Soft plastic lures
   
Spining lure




Sekian Sahaja serba sedikit tentang basic utk memancing dan teknik. Aku akan sambung cerita di episod teknik memancing di sungai. Harap info2 ini dapat membantu anda menjadikan Memancing sebagai HOBI.







         >> KAMI TAK KAYA, TAPI HOBI KAMI MAHAL<<